Wednesday 7 June 2017

Pantasnya Ramadan Kali Ini...

          Tanpa kita sedari, Ramadan kali ini dah pun dua minggu meninggalkan kita semua. Cuma berbaki dua minggu lagi kita umat Islam akan menyambut hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidil Fitri 1438 Hijrah. Bagaimana KPI ibadah kita tahun ni? Adakah ada peningkatan, penurunan ataupun masih sama sahaja walaupun di luar bulan Ramadan. 

          Bagi aku, suasana lebih meriah apabila aku dan family dapat menjalani ibadah puasa ini di kampung halaman sendiri. Lebih manis di samping ibu bapa dan sanak saudara terdekat. Tapi... apakah dayaku kerana keringatku diperlukan di sini sebagai kesinambungan hidup aku, iseri dan anak-anak tersayang. Masih sibuk dengan tugas hakiki dan rasanya perasaan untuk berhari raya belum menjelma lagi, haha... Harapan aku, dapatlah aku cuti perayaan tahun ini untuk aku dan keluarga pulang ke Kelantan untuk beraya di sana, insya Allah...

Sunday 28 May 2017

Ahlan Wasahlan Ya Ramadan


Indahnya kalau dapat brbuka bersama ibu bapa dan keluarga di kampung halaman. Bertukar juadah dengan jiran-jiran dan kedamaian kampung sungguh mempersona. Namun, apa boleh buat, tugas sebagai penjawat awam perlu diutama untuk menjamin kesinambungan hidup kami anak-beranak. Gambar ini ialah di Kampung Padang Jelapang, Pasir Mas, Kelantan. Harap dapatlah cuti raya tahun ni, hehe...

Friday 5 May 2017

Ulang Tahun Perkahwinan Ke-10




Alhamdulillah, tanggal 2 Mei 2017 genaplah usia perkahwinan kami yang ke-10 tahun. Syukur ke hadrat Illahi. Moga ikatan perkahwinan kami ini berkekalan hendaknya hingga ke jannah, insya Allah.
Buah hati pengerang jantung & penyeri rumah tangga kami Hasil perkongsian hidup kami selama 10 tahun ini, alhamdulillah.

Monday 1 May 2017

Salam Perkenalan


Assalamualaikum wbt & salam sejahtera.
        

          Nama saya Mohd. Anuar bin Yaacob, berasal dari Pasir Mas, Kelantan dan kini bertugas di Sg. Petani, Kedah sebagai anggota PDRM. Telah mendirikan rumah tangga selama sepuluh tahun bersama pasangan, Pn. Sinar Suria dan dikurniakan sepasang cahaya mata.